Friday, October 9, 2009

:: KONSERT GAMELAN MALAYSIA 2009 ::


after performance..

on stage...
























:: CARMA?? ::


show kat canselori


show kat canselori


show kat klcc


show kat RTM



show kat PJ




:: UKM's CONVO PERFORMANCE ::













Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kelab Gamelan UKM akan membuat persembahan semasa berlangsungnya majlis konvokesyen.












Friday, July 24, 2009

VIDEO KONSERT GAMELAN MALAYSIA UKM 2009

video video

Tuesday, July 7, 2009

:: MINGGU MESRA PELAJAR 2009/2010 ::

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kelab Gamelan UKM merupakan antara kelab di bawah ARTISUKMA yang terlibat dalam melatih dan menjayakan malam kebudayaan MMP ataupun lebih tepat lagi Malam Tunas Seni. Latihan ini termasuk melatih pelajar tahun 1 untuk membuat persembahan pada malam tersebut.








video

Wednesday, June 24, 2009

VIDEO PERSEMBAHAN PESERTA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, PAHANG.

video video

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, PEKAN, PAHANG



























Pada 29 Mei sehingga 04 Jun yang lalu, ARTISUKMA UKM telah menganjurkan program khidmat masyarakat di negeri Pahang dengan kerjasama JPPel UKM, Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan Negeri Pahang.


Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah dan rendah tentang kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para siswazah mendekatkan diri dengan masyarakat dan dalam masa yang sama juga meningkatkan 'softskill' mereka.


Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak terutamanya daripada penduduk Pulau Manis yang telah mengambil sekumpulan pelajar kebudayaan menjadi anak angkat mereka. Selain itu juga, kerjasama yang diberikan oleh para pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar kawasan Pekan juga sangat menggalakkan. Penyertaan mereka dalam program ini menjadikan program ini berjaya dan berlangsung dengan baik sekali.


Walaubagaimana, Kelab Gamelan Malaysia, ARTISUKMA UKM, ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelajar yang telah memilih untuk menyertai kumpulan muzik gamelan semasa program ini. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat dihargai oleh pihak kami dan kami berharap dapat bertemu dan bekerjasama dengan mereka lagi. TERIMA KASIH !!!!
Antara peserta yang terlibat adalah :-
- NURUL HUSNA JAHARI (SMK LEPAR )
- LATIFAH MOHD YUSUF (SMK LEPAR )
- SITI NAZATUL SHAFIRA (SMK LEPAR )
- NURUL MUNIRAH KAHARUDDIN ( SMK LEPAR )
- MOHD HAFIZ MAZLEE (SMK MAT KILAU )
- MOHD SABRI MOHD SHARIF (SMK MAT KILAU )
- HANIS NAZURA MOHD TARMIZI ( SMK UBAI )
- FATIMAH NUR AIN ( SMK UBAI )
- NUR NAJWA HAMDAN ( SMK GUDANG RASAU )
- WAN NURUL SAFIAH ( SMK GUDANG RASAU )
- NOR ZULAIKA MOHAMED ( SMK SERI MAHKOTA )
- NORASHIKIN ABD KARIM ( SMK SERI MAHKOTA )
- SITI NUR SAKINA M.AZMAN ( SMK SERI MAHKOTA )
video

Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti-aktiviti Kelab Gamelan tahun 2008....

Terlalu banyak aktiviti kelab yang telah diadakan pada tahun 2008.. Di antaranya ialah Majlis Perkahwinan, Majlis Konvokesyen UKM kali ke 36, Persembahan di RTM, Festival Gamelan antara IPT, Majlis Anugerah Akademik dan Majlis Konvokesyen Matrikulasi... Semua aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah melibatkan penglibatan ahli Kelab Gamelan sendiri untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Muzik Gamelan secara amnya..

Berikut adalah gambar kenangan yang sempat diambil semasa persembahan...


MAJLIS PERKAHWINAN DI KB>>>>

~ Gambar ini diambil semasa persembahan Majlis Perkahwinan di Kompleks Bestari pada awal tahun 2008.. Seramai 5 ahli kelab yang terpilih untuk membuat persembahan selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad....

Pemain yg terlibat dalam persembahan ini :

- Emy (Bonang),
- Yana (Gambang),
- Noniey (Demong),
- Balqis (Baron),
- Ain (Gendang),
- Amyllia (Peking)
- Abg Ijam (Gong)..
















MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-36
Kelab Gamelan diberi tugas untuk membuat persembahan untuk Majlis Konvokesyen UKM ke-36.. Semua ahli kelab diberi peluang untuk mmbuat persembahan.. Majlis tersebut berlangsung selama 5 hari mulai hari Sabtu hingga Rabu (10 sidang)...

Pengalaman dan peluang untuk membuat persembahan di dalam majlis formal amatlah memberi kesan kepada pelajar khususnya untuk mengetahui serba sedikit perjalanan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung..

Diharap semua ahli kelab akan turut serta dalam Konvo yang akan dtg...

Rancangan 'SELAMAT PAGI MALAYSIA' (SPM),RTM1

Kelab Gamelan berpeluang membuat persembahan di RTM1 dlm Rancangan Selamat Pagi Malaysia secara LIVE.. Tujuan mengadakan persembahan ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa masih wujudnya muzik tradisional yang semakin lama semakin dilupakan... Selain itu juga, program ini dapat memberi impak khususnya kepada ahli kelab untuk tampil berkeyakinan dan mendisiplinkan diri di khalayak umum...

Persembahan ini seterusnya dapat menaikkan nama universiti kita, UKM secara amnya kerana Kelab Gamelan Malaysia UKM adalah di bawah naungan Artisukma,Pusat Kebudayaan UKM...











MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2007,PICC
Sekali lagi, ahli kelab bersama dengan staff artis budaya membuat persembahan di Majlis Akademik Negara 2007 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di PICC,PUtrajaya... Kami diberi peluang untuk membuat persembahan bagi sebuah majlis formal yang dihadiri PM yg kita sayangi, Pak Lah...
Ini memberi seribu kenangan dan pengalaman yang berharga buat ahli kelab yang terlibat...



KEMBARA SENI : PERSEMBAHAN KESENIAN ARTISUKMA UKM....
Kelab Gamelan mengambil bahagian untuk turut serta dalam mempromosikan kelab kesenian kepada warga kampus.. Selain menjaga booth yang disediakan, ahli kelab dikehendaki membuat persembahan di Aras 4, Pusanika UKM untuk tujuan sesi pengenalan kepada mahasiswa/i mengenai muzik tradisional...
Program ini dpt melatih ahli kelab untuk tampil berkeyakinan semasa membuat persembahan dan mempraktikkan ilmu yang diajar semasa latihan kelab..





Monday, February 9, 2009

Welcome to our Page>>>>> Kelab Gamelan Malaysia UKM

Bismillahhirrahmannirahim....

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dptlah diinspirasikan 1 blog utk tatapan umum mengenai Kelab Gamelan Malaysia UKM... Blog ini bertujuan untuk menyatakan aktiviti-aktiviti kelab yang telah dijalankan, atau yang sedang dijalankan, atau akan dijalankan kelak.. Dengan adanya blog ini, dapatlah diketahui oleh sesape sahaja mengenai aktiviti-aktiviti Kelab Gamelan Malaysia UKM secara khususnya....

Diharap dapatlah kita bersama-sama menaikkan semula khazanah melayu dan memperhebatkan lagi kesenian melayu yang telah lama dilupakan... >>>>>>>>>