Sunday, June 19, 2011

KHIDMAT SENI MASYARAKAT UKM 2011 NEGERI SEMBILAN



Pada 5-9 Mei 2011, Kelab Gamelan telah menyertai projek khidmat seni masyarakat bertempat di Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan anjuran Pusat Kebudayaan Artisukma UKM dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Seri Menanti dengan kerjasama SMK Dato' Abdul Samad & SK Talang.

Sepanjang 5 hari program berlangsung, banyak pengalaman berharga diperoleh bersama-sama dengan pelajar-pelajar serta keluarga angkat yang begitu mesra dan berbesar hati dengan kehadiran kami pada OPKIM kali ini.



Garangnya akak kita ni mengajar. =)





Persembahan lagu Togok oleh peserta SMKDAS


Dan tiada yang lebih membanggakan melainkan melihat peserta gamelan SMK Dato' Abdul Samad berjaya mengadakan persembahan Gamelan dengan begitu baik pada hari persembahan/penutup majlis, berkat usaha dan kesungguhan mereka dalam masa kurang 15 jam menjalani latihan bersama kami. You guys memang the best! =)




Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi di OPKIM akan datang!



Wednesday, March 2, 2011

KEMBARA SENI ARTISUKMA



Minggu Kembara Seni ARTISUKMA yang sedang berlangsung mulai 28 Feb-4 Mac 2011 ini merupakan salah satu acara tahunan bagi kumpulan-kumpulan kesenian di bawah naungan ARTISUKMA. Sepanjang minggu ini, kumpulan-kumpulan kesenian di bawah naungan ARTISUKMA akan mempamer dan memperkenal aktiviti seni mereka melalui persembahan santai yang diadakan di Aras 4 Pusanika.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan semua ahli kumpulan kesenian ARTISUKMA kepada pengalaman mengadakan persembahan secara terbuka dan merakyatkan seni dan budaya di kampus, di samping sebagai suatu promosi yang sihat ke arah kampus yang ceria dan produktif. Antara yang turut menjayakan acara ini termasuklah Kumpulan Tarian Aadyamaatra serta tidak ketinggalan Kelab Gamelan kami sendiri yang telah membuat persembahan pada hari pembukaan.

Diharap melalui acara ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai kelab-kelab ARTISUKMA pada masa akan datang. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada ahli kelab yang terlibat dalam program ini. Majulah Gamelan untuk kesenian. =)

"MARTABAT SENI BANGSA DIJULANG"

Monday, January 31, 2011

KONSERT DIRAJA UKM 2011




SEKALUNG BUDI BUAT SEMUA PEMAIN GAMELAN:

MUHAMMAD SYAHID YUSOFF
MUHAMMAD ASHRAL AMRAN
FARHANA SYAZWANI MOHSIN
NOR AINI MOHD NOH
NURUL FARHAIN MOHD RAZALI
SITI NADIAH MOHD JOHARI
FATIN NAZIHAH AHAMAD RUSLY
SERENE SOFIA

JUGA RIBUAN TERIMA KASIH KHAS DITUJU BUAT EN MOHD ADZAN MOHD FADZIL KERANA TELAH MELATIH KAMI DENGAN GIGIH DAN MEMBERI PELUANG KEPADA KAMI. JASA EN ADZAN AKAN SELALU KAMI HARGAI.

TERIMA KASIH BUAT PARA PEGAWAI PUSAT KEBUDAYAAN UKM

TERIMA KASIH BUAT PARA PEMUZIK ORKESTRA

TERIMA KASIH BUAT PARA PENYOKONG YANG HADIR PADA KEDUA KONSERT.

Friday, January 21, 2011

GURINDAM GAMELAN



GURINDAM GAMELAN MERUPAKAN SEBUAH LAGU GUBAHAN DATO' JOHARI SALLEH, ARAHAN EN MOHD ADZAN MOHD FADZIL YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN SEMPENA DUA KONSERT BERLAINAN.


1) KONSERT DIRAJA UKM 2011
-DECTAR,UKM
-8.30 MALAM
-29 JANUARI 2011

2)KONSERT ORKESTRA UKM 2011
-DECTAR,UKM
-8.30 MALAM
-30 JANUARI 2011

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI UNTUK MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN OLEH PARA PEMUZIK UKM.

MALAM ANUGERAH SENI UKM 2010

TIADA REZEKI UNTUK MEMENANGI ANUGERAH KELAB TERAKTIF UNTUK TAHUN 2010 NAMUN TIDAK MENGAPA KERANA PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN UNTUK MENAIKKAN LAGI NAMA KELAB GAMELAN UKM UNTUK MASA MENDATANG.

SIJIL TAHUN AKHIR DIBERIKAN KEPADA:
-MUHAMMAD SYAHID YUSOFF
-FARHANA SYAZWANI MOHSIN
-NOR AINI MOHD NOH
-NURUL FARHAIN MOHD RAZALI
-MUHAMMAD ASHRAL AMRAN

Thursday, October 14, 2010

SEKADAR DI PINGGIRAN...

Hanya sekeping gambar...

Monday, August 2, 2010

<>FESTIVAL GAMELAN MALAYSIA UKM 2010<>





Persembahan UKM
Tajuk: Mai Nai (Tidak)
Kategori: Kontemporari
Gubahan: En Mohd Adzan Mohd Fadzil

pemuzik:
en mohd adzan mohd fadzil
artisbudaya UKM
ahli kelab gamelan UKM

Terima Kasih kepada semua universiti-universiti dan badan NGO terlibat:
UKM, UTP, UiTM, UNITEN, UIAM, kumpulan gamelan Ritmasari

terima kaseh kepada semua para pemuzik, para penari, para urusetia dan para penonton yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak.

<>JUTAAN TERIMA KASIH<>
jumpa lagi di tahun hadapan..=)