Wednesday, March 2, 2011

KEMBARA SENI ARTISUKMA



Minggu Kembara Seni ARTISUKMA yang sedang berlangsung mulai 28 Feb-4 Mac 2011 ini merupakan salah satu acara tahunan bagi kumpulan-kumpulan kesenian di bawah naungan ARTISUKMA. Sepanjang minggu ini, kumpulan-kumpulan kesenian di bawah naungan ARTISUKMA akan mempamer dan memperkenal aktiviti seni mereka melalui persembahan santai yang diadakan di Aras 4 Pusanika.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan semua ahli kumpulan kesenian ARTISUKMA kepada pengalaman mengadakan persembahan secara terbuka dan merakyatkan seni dan budaya di kampus, di samping sebagai suatu promosi yang sihat ke arah kampus yang ceria dan produktif. Antara yang turut menjayakan acara ini termasuklah Kumpulan Tarian Aadyamaatra serta tidak ketinggalan Kelab Gamelan kami sendiri yang telah membuat persembahan pada hari pembukaan.

Diharap melalui acara ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai kelab-kelab ARTISUKMA pada masa akan datang. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada ahli kelab yang terlibat dalam program ini. Majulah Gamelan untuk kesenian. =)

"MARTABAT SENI BANGSA DIJULANG"

0 comments: