Wednesday, June 24, 2009

VIDEO PERSEMBAHAN PESERTA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, PAHANG.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT, PEKAN, PAHANG



























Pada 29 Mei sehingga 04 Jun yang lalu, ARTISUKMA UKM telah menganjurkan program khidmat masyarakat di negeri Pahang dengan kerjasama JPPel UKM, Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Pendidikan Negeri Pahang.


Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah dan rendah tentang kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para siswazah mendekatkan diri dengan masyarakat dan dalam masa yang sama juga meningkatkan 'softskill' mereka.


Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak terutamanya daripada penduduk Pulau Manis yang telah mengambil sekumpulan pelajar kebudayaan menjadi anak angkat mereka. Selain itu juga, kerjasama yang diberikan oleh para pelajar dari pelbagai sekolah di sekitar kawasan Pekan juga sangat menggalakkan. Penyertaan mereka dalam program ini menjadikan program ini berjaya dan berlangsung dengan baik sekali.


Walaubagaimana, Kelab Gamelan Malaysia, ARTISUKMA UKM, ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pelajar yang telah memilih untuk menyertai kumpulan muzik gamelan semasa program ini. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat dihargai oleh pihak kami dan kami berharap dapat bertemu dan bekerjasama dengan mereka lagi. TERIMA KASIH !!!!
Antara peserta yang terlibat adalah :-
- NURUL HUSNA JAHARI (SMK LEPAR )
- LATIFAH MOHD YUSUF (SMK LEPAR )
- SITI NAZATUL SHAFIRA (SMK LEPAR )
- NURUL MUNIRAH KAHARUDDIN ( SMK LEPAR )
- MOHD HAFIZ MAZLEE (SMK MAT KILAU )
- MOHD SABRI MOHD SHARIF (SMK MAT KILAU )
- HANIS NAZURA MOHD TARMIZI ( SMK UBAI )
- FATIMAH NUR AIN ( SMK UBAI )
- NUR NAJWA HAMDAN ( SMK GUDANG RASAU )
- WAN NURUL SAFIAH ( SMK GUDANG RASAU )
- NOR ZULAIKA MOHAMED ( SMK SERI MAHKOTA )
- NORASHIKIN ABD KARIM ( SMK SERI MAHKOTA )
- SITI NUR SAKINA M.AZMAN ( SMK SERI MAHKOTA )