Wednesday, February 11, 2009

Aktiviti-aktiviti Kelab Gamelan tahun 2008....

Terlalu banyak aktiviti kelab yang telah diadakan pada tahun 2008.. Di antaranya ialah Majlis Perkahwinan, Majlis Konvokesyen UKM kali ke 36, Persembahan di RTM, Festival Gamelan antara IPT, Majlis Anugerah Akademik dan Majlis Konvokesyen Matrikulasi... Semua aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah melibatkan penglibatan ahli Kelab Gamelan sendiri untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Muzik Gamelan secara amnya..

Berikut adalah gambar kenangan yang sempat diambil semasa persembahan...


MAJLIS PERKAHWINAN DI KB>>>>

~ Gambar ini diambil semasa persembahan Majlis Perkahwinan di Kompleks Bestari pada awal tahun 2008.. Seramai 5 ahli kelab yang terpilih untuk membuat persembahan selama 2 hari iaitu hari Sabtu dan Ahad....

Pemain yg terlibat dalam persembahan ini :

- Emy (Bonang),
- Yana (Gambang),
- Noniey (Demong),
- Balqis (Baron),
- Ain (Gendang),
- Amyllia (Peking)
- Abg Ijam (Gong)..
















MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-36
Kelab Gamelan diberi tugas untuk membuat persembahan untuk Majlis Konvokesyen UKM ke-36.. Semua ahli kelab diberi peluang untuk mmbuat persembahan.. Majlis tersebut berlangsung selama 5 hari mulai hari Sabtu hingga Rabu (10 sidang)...

Pengalaman dan peluang untuk membuat persembahan di dalam majlis formal amatlah memberi kesan kepada pelajar khususnya untuk mengetahui serba sedikit perjalanan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung..

Diharap semua ahli kelab akan turut serta dalam Konvo yang akan dtg...

Rancangan 'SELAMAT PAGI MALAYSIA' (SPM),RTM1

Kelab Gamelan berpeluang membuat persembahan di RTM1 dlm Rancangan Selamat Pagi Malaysia secara LIVE.. Tujuan mengadakan persembahan ini adalah memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa masih wujudnya muzik tradisional yang semakin lama semakin dilupakan... Selain itu juga, program ini dapat memberi impak khususnya kepada ahli kelab untuk tampil berkeyakinan dan mendisiplinkan diri di khalayak umum...

Persembahan ini seterusnya dapat menaikkan nama universiti kita, UKM secara amnya kerana Kelab Gamelan Malaysia UKM adalah di bawah naungan Artisukma,Pusat Kebudayaan UKM...











MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2007,PICC
Sekali lagi, ahli kelab bersama dengan staff artis budaya membuat persembahan di Majlis Akademik Negara 2007 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di PICC,PUtrajaya... Kami diberi peluang untuk membuat persembahan bagi sebuah majlis formal yang dihadiri PM yg kita sayangi, Pak Lah...
Ini memberi seribu kenangan dan pengalaman yang berharga buat ahli kelab yang terlibat...



KEMBARA SENI : PERSEMBAHAN KESENIAN ARTISUKMA UKM....
Kelab Gamelan mengambil bahagian untuk turut serta dalam mempromosikan kelab kesenian kepada warga kampus.. Selain menjaga booth yang disediakan, ahli kelab dikehendaki membuat persembahan di Aras 4, Pusanika UKM untuk tujuan sesi pengenalan kepada mahasiswa/i mengenai muzik tradisional...
Program ini dpt melatih ahli kelab untuk tampil berkeyakinan semasa membuat persembahan dan mempraktikkan ilmu yang diajar semasa latihan kelab..





0 comments: